KUALA LUMPUR: Hati kecil pelakon terkenal, Datin Sofia Jane sentiasa terusik setiap kali membaca laporan media dan hantaran di media sosial mengenai kesulitan hidup yang dilalui sebilangan masyarakat sejak kebelakangan ini.
Rasa sedih dan pilu tambah berganda apabila antara golongan yang benar-benar terkesan ialah pekerja di sebalik tabir industri seni tanah air.
Rata-rata daripada mereka mendapat upah gaji hari, kalau ada penggambaran atau pertunjukkan maka adalah gaji, tetapi apabila industri seni lumpuh akibat pandemik maka poket mereka kosong.
Sewa rumah perlu dibayar, bekalan makanan harus disiapkan di rumah, segala bil utiliti juga perlu dijelaskan.
Kelangsungan hidup mereka memerlukan wang, tetapi dalam situasi sekarang, pekerja-pekerja itu hilang punca.
“Saya rasa hilang upaya, sebak rasanya jiwa ini sehingga sampai ke peringkat air mata saya menitis memikirkan nasib golongan pekerja seni. Saya cuba memahami bahawa masalah ini tidak hanya terbatas pada anak-anak seni, orang lain dari sektor berbeza juga melalui kepayahan ini,” kedengaran nada suara bintang filem Perempuan, Isteri dan … itu sangat sugul ketika berkongsi kedukaan itu dengan Astro AWANI menerusi perbualan telefon..
Melihat kesengsaraan rakan-rakan seperjuangan, Sofia tidak hanya duduk berpeluk tubuh dan sekadar meratib rasa kasihan, kasihan dan kasihan kepada merea.
Sebaliknya, ada beberapa inisiatif yang dirintisnya dalam usaha memastikan golongan yang terdesak dibantu, namun, apa bentuk bantuan itu biarlah perkara itu menjadi hal peribadinya.
Dalam masa sama, Sofia amat gembira melihat usaha murni rakan-rakan seperjuangannya memulakan kempen Apa Khabar Anak Seni yang disifatkan dilakukan pada masa yang tepat.
Bagi Sofia, kempen Apa Khabar Anak Seni membuka ruang yang luas untuk sesama mereka bertanya khabar, berkongsi maklumat rakan-rakan yang tidak stabil hidup mereka dan sekali gus menjadi platform paling terbaik untuk menyalur bantuan.
Kempen yang digerakkan oleh golongan anak seni itu adalah manifestasi terhadap keperihatinan sesama mereka.
“COVID-19 telah membinasakan hidup kebanyakan orang dari semua latar belakang, tiada yang terkecuali. Semua industri terkesan.
“Justeru, apabila sampai ke tahap ini, apa yang seharusnya menjadi titik tumpuan dan perhatian ialah seluruh penggiat sektor, masyarakat, kerajaan dan pihak berwajib harus terlibat secara total untuk kita sama-sama membantu meringankan beban orang lain.
“Jangan ditanya apa kamu buat atau apa dia buat untuk bantu, tetapi kita sama-sama cari jalan penyelesaian. Kita sudah tidak punya banyak masa untuk hanya tunggu dan duduk melihat sahaja kebinasaan ini,” kata Sofia.
Kempen Khabar Anak Seni, ujar Sofia lagi, harus dimanfaatkan oleh seluruh penggiat seni untuk mendapat maklumat dan berhubung antara satu sama lain.
“Pada akhirnya, kita juga dapat melihat solidariti antara anak seni juga akan membantu sesama mereka. Berdoalah semoga kepayahan dan kesusahan ini dapat kita sama-sama lalui dan kita dapat keluar daripada penderitaan ini,” Sofia berkongsi harapannya.
Kesulitan dan kesukaran pekerja seni ketika ini pula, kata aktor Bront Palare, berada di tahap kritikal lantaran 80 peratus daripada mereka bekerja secara tidak tetap (freelance).
Tegas Bront, tidak ramai yang memahami bahawa pekerja-pekerja selama ini terbeban dengan kelemahan amalan standard pekerjaaan seperti tiada kontrak kerja yang standard, sistem waktu kerja yang tidak teratur, tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta lain-lain lagi.
“Mereka ini rata-rata tidak layak untuk memperoleh untuk hampir semua bantuan kerajaan seperti
i- -Sinar, i-Lestari mahupun permohonan moratorium, majoriti juga penyewa rumah. Setelah 15 bulan pandemik, sebenarnya pekerja-pekerja seni (berada) di tahap kritikal,” luah Bront.
Sebagai antara penggiat seni, Bront tidak mampu hanya melihat kedukaan golongan yang selama ini menjadi tulang belakang industri.
Justeru, melalui kempen Apa Khabar Anak Seni, dia melihat aspirasi itu sangat baik kerana dapat menjadi ruang untuk kalangan mereka bertanya khabar dan mengetahui kedudukan masing-masing.
“(Apa Khabar Anak Seni) menjadi peringatan untuk pekerja seni ambil berat antara satu sama lain. Kita semua tersepit di dalam rumah masing-masing, jadi ini sedikit sebanyak menjadi ruang untuk bertanya khabar dan ambil berat antara satu sama lain.
“Saya kagum dan bangga melihat pelakon-pelakon juga terlibat dalam mengambil tahu tentang pekerja industri.
“Artis generasi baharu melakukan sesuatu yang positif dan sumbangan yang sangat bermakna dalam usaha mengambil berat dalam lingkungan industri kreatif. Ini suatu perkembangan yang sangat sihat untuk dilihat,” katanya lagi.
Apa Khabar Anak Seni merupakan kempen yang bertujuan mengeratkan silaturrahim dan bertanya khabar pekerja-pekerja industri kreatif terutamanya dalam era pandemik ini.
Paling utama, kempen ini mengambil maklum tentang keadaan mental, emosi, kewangan, juga kehidupan semasa pekerja industri dan bagaimana mereka menggunakan kemahiran seni kreatif masing-masing sewaktu pandemik ini atas sebab penutupan industri sekarang ini.
“Saya percaya sebagai seorang anak seni, tugas kita lebih dari hiburan sahaja. Kita mencipta kisah sekarang, jadi mungkin suatu hari di masa hadapan, generasi akan datang boleh belajar darinya. Mudah-mudahan,” kata pelakon Sharifah Amani, antara tulang belakang di sebalik kempen yang digerakkan oleh Delegasi Anak Seni (DAS) itu lagi.
Seorang lagi artis generasi baharu, Daiyan Trisha yang turut aktif menggerakan kempen ini mengharapkan pekerja-pekerja industri saling bertanya khabar masing-masing.
Kata penyanyi dan pelakon itu, ketika industri seni tidak dapat beroperasi dan rata-rata tidak dapat bekerja, perkongsian kempen Apa Khabar Anak Seni boleh digunakan untuk mencari ruang kreativiti lain terutama di media sosial.
Kempen Apa Khabar Anak Seni juga merupakan tanggungjawab sosial sesama pekerja industri kreatif dalam terus menghidupkan industri melalui pendekatan di media sosial.
Ia juga bertujuan membantu usaha pekerja industri yang sedang menggunakan alternatif lain dalam memberikan perkhidmatan seni kreatif mereka.
Di laman media sosial, kempen Apa Khabar Anak Seni mendapat perhatian meluas daripada penggiat seni tanah air.
Ramai artis saling berkongsi hantaran bertanyakan status dan kedudukan rakan-rakan artis mereka.
Industri seni antara sektor yang terkesan ekoran penularan pandemik COVID-19 dalam negara yang menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Saharudin Musthafa
Fri Jul 16 2021
Kempen Apa Khabar Anak Seni menjadi ruang untuk kalangan pekerja industri bertanya khabar dan mengetahui kedudukan masing-masing.
Gunakan konsep Hilf al-Fudul untuk selesaikan isu kemanusiaan global - Mohd Na’im
Konsep pakatan Hilf al-Fudul mewujudkan keperluan untuk memastikan keadilan untuk semua melalui tindakan kolektif.
AI seperti ‘tsunami’ beri kesan besar kepada pasaran buruh global - Ketua IMF
AI beri kesan kepada 60 peratus pekerjaan dalam ekonomi maju dan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun akan datang.
Elektrik terputus di seluruh Mexico akibat gelombang haba
Gelombang haba yang dahsyat melanda tenggara Mexico pada hujung minggu, menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus di seluruh negara hingga hampir lumpuh.
Campeche, tenggara Mexico pada 9 Mei mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius atau 113.18 darjah Fahrenheit.
Campeche, tenggara Mexico pada 9 Mei mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius atau 113.18 darjah Fahrenheit.
OpenAI umum keluaran model AI baharu
Syarikat penyelidikan kecerdasan buatan dan pembangun ChatGPT, OpenAI pada Isnin mengumumkan keluaran model AI baharu yang dipanggil GPT-4o, yang mampu melakukan perbualan suara bersifat realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan penglihatan.
Ia adalah sebagai satu langkah baru untuk kekal di hadapan dalam mendominasi teknologi baru.
Ia adalah sebagai satu langkah baru untuk kekal di hadapan dalam mendominasi teknologi baru.
Rakyat Israel sambut kemerdekaan dengan protes anti-kerajaan
Rakyat Israel pada iIsnin menyambut hari kemerdekaan dengan penunjuk perasaan menuntut perdana menteri benjamin netanyahu dan kerajaannya membuat perjanjian yang akan membawa pulang tebusan gaza.
Hari kemerdekaan Israel disambut dari matahari terbenam pada 13 mei hingga matahari terbenam pada 14 mei, sejurus selepas hari peringatan di mana israel memberi penghormatan kepada mangsa perang negara itu, serta korban peperangan, yang juga disambut secara suram.
Hari kemerdekaan Israel disambut dari matahari terbenam pada 13 mei hingga matahari terbenam pada 14 mei, sejurus selepas hari peringatan di mana israel memberi penghormatan kepada mangsa perang negara itu, serta korban peperangan, yang juga disambut secara suram.
AS anggap pembunuhan rakyat Palestin bukan genosid
Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Jake Sullivan berkata bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden tidak melihat pembunuhan rakyat Palestin di Gaza oleh Israel dalam perangnya terhadap Hamas sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Penunjuk perasaan Israel menyekat trak bantuan yang menuju ke Gaza pada Isnin.
Bukan sahaja itu, mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga palestin yang kebuluran, ekoran tindakan kejam rejim israel.
Bukan sahaja itu, mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga palestin yang kebuluran, ekoran tindakan kejam rejim israel.
Malaysia, Qatar komited bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Malaysia dan Qatar komited bagi mencari penyelesaian konflik Palestin-Israel.
Ia dizahirkan melalui Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua pemimpin tertinggi Kerajaan Qatar pada Isnin, bagi membincangkan secara mendalam konflik Palestin-Israel.
Ia dizahirkan melalui Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua pemimpin tertinggi Kerajaan Qatar pada Isnin, bagi membincangkan secara mendalam konflik Palestin-Israel.
KPT sumbang RM25,000 bantuan khas bencana, bantu ringankan beban mahasiswa UniMAP
Bantuan segera tersebut bagi menyantuni keperluan mahasiswa yang menjadi mangsa susulan kebakaran yang berlaku.
Polis kesan wanita, dua anak lari dari rumah perlindungan
Polis sedang mengesan seorang wanita berusia 25 tahun dan dua anaknya yang dilaporkan hilang dari Rumah Perlindungan Pertolongan Wanita, Seksyen 20, Petaling Jaya, Selangor Jumaat lepas (10 Mei).
Kempen Apa Khabar Anak Seni terjemah solidariti pekerja industri kreatif
Kempen Apa Khabar Anak Seni menjadi ruang untuk kalangan pekerja industri kreatif bertanya khabar dan mengetahui kedudukan masing-masing.